Pengertian 'CMYK'.
Pengertian CMYK adalah sistem model warna yang menjadi asas untuk semua reka bentuk cetakan. Memahami model ini penting untuk pereka bagi memastikan ketepatan warna dan resolusi berkualiti tinggi dalam bahan bercetak.

Selain itu, pengertian CMYK adalah singkatan untuk Cyan, Magenta, Yellow, dan Key (Black), iaitu model warna yang biasa digunakan dalam percetakan. Model ini berfungsi dengan kaedah warna tolak (subtractive color model), di mana warna dihasilkan dengan menggabungkan keempat-empat warna ini dalam pelbagai nisbah untuk menghasilkan pelbagai warna lain.
- Cyan (C)
- Magenta (M)
- Yellow (Y)
- Key (Black) (K)
Huruf “K” mewakili perkataan “key“ merupakan terma yang digunakan bagi mewakili warna hitam dalam percetakan tradisional. Hal ini memberikan butiran paling tajam dan menentukan kawasan paling gelap pada imej. Hasilnya, terma “key” menjadi sebati dengan warna hitam dalam industri percetakan. Selain itu, terma tersebut membantu mengelakkan dari berlakunya kekeliruan dengan warna lain seperti biru.
Cyan, Magenta, dan Yellow: Merupakan warna asas dalam sistem CMYK. Apabila warna-warna ini dicampurkan, mereka menyerap (atau “menolak”) cahaya tertentu untuk menghasilkan warna lain. Sebagai contoh:
- Cyan + Magenta = Ungu
- Magenta + Yellow = Oren
- Cyan + Yellow = Hijau
Key (Black): Digunakan untuk menambahkan kontra dan kedalaman pada warna. Ia juga membantu menghasilkan warna hitam tulen, kerana campuran Cyan, Magenta, dan Yellow sahaja tidak selalu menghasilkan hitam sempurna.

Apakah jenis fail yang paling sesuai untuk menyokong warna CYMK?
- Portable Document Formats (PDF)
- Adobe Illutrator (AI)
- Encapsulated PostScript (EPS)
Bilakah CMYK digunakan?
Secara ringkasnya, model warna CMYK merupakan elemen yang sangat penting dalam dunia percetakan kerana ia menjadi asas untuk menghasilkan hasil cetakan yang berkualiti tinggi. Dengan kombinasi warna Cyan, Magenta, Yellow, dan Black, model ini mampu menghasilkan pelbagai variasi warna yang memenuhi keperluan reka bentuk grafik, pencetakan dokumen, dan produk promosi. Disebabkan oleh ketepatan dan keupayaannya untuk memberikan hasil warna yang konsisten, CMYK dianggap sebagai pilihan terbaik untuk memastikan kualiti cetakan yang profesional dan memuaskan, terutamanya dalam industri percetakan komersial.
- Baju Sublimation
- Kad Perniagaan
- Poster
- Bunting
- Bungkusan Produk

Sebagai kesimpulan, CMYK adalah sistem warna yang memainkan peranan penting dalam dunia percetakan, memastikan hasil cetakan yang berkualiti, tepat, dan profesional. Dengan menggabungkan warna Cyan, Magenta, Yellow, dan Black, model ini dapat menghasilkan pelbagai warna yang memenuhi kehendak visual dan reka bentuk. Ia sangat sesuai untuk bahan bercetak seperti poster, buku, majalah, dan produk promosi. Memahami dan menggunakan CMYK dengan betul adalah kunci untuk mencapai hasil cetakan yang memukau dan memenuhi standard industri.