4 Jenis Baju Custom Paling Popular

4 Jenis Baju Custom Paling Popular

Ketahui 4 jenis baju custom paling popular yang perlu dimiliki untuk setiap acara. Dari pakaian santai sehingga pakaian formal, pilih rekaan yang sesuai dengan gaya dan keperluan anda.

Baju custom kini semakin popular kerana kemampuannya untuk menampilkan gaya peribadi yang unik. Sama ada untuk acara khas, perniagaan, atau hanya untuk keseronokan, terdapat pelbagai jenis baju custom yang boleh disesuaikan mengikut cita rasa anda. Dalam artikel ini, kami akan berkongsi 4 jenis baju custom paling popular yang memberikan gaya dan keselesaan dalam satu pakej.

Ayuh, kita telusuri jenis baju custom yang ditawarkan oleh syarikat kilangpakaian.com.

Apa Itu Baju Custom?

Baju custom ialah pakaian yang direka atau dicetak khas mengikut kehendak individu atau organisasi. Ia boleh melibatkan cetakan logo, reka bentuk grafik, teks atau pemilihan warna, bahan dan material tertentu. Baju custom sangat popular untuk acara khas, pemasaran jenama dan pakaian kasual yang unik.

4 Jenis Baju Custom Paling Popular Yang Ada di Malaysia

Terdapat pelbagai perubahan dalam rekaan baju kerana berlaku peredaran masa dan perkembangan industri fesyen pada masa kini. Berikut merupakan 4 jenis baju custom paling popular yang ditawarkan oleh kilangpakaian.com:

Baju Jersi Custom - Lengan Pendek dan Lengan Panjang

Previous slide
Next slide

Jersi Custom - Lengan Pendek, Lengan Panjang

Jersi ini direka khusus dengan cetakan atau reka bentuk yang diinginkan. T-Shirt ini terdiri daripada lengan pendek dan lengan panjang. T-Shirt lengan pendek adalah pakaian kasual yang sangat popular di seluruh dunia terutamanya pada cuaca panas atau dalam suasana yang tidak memerlukan pakaian formal. 

T-Shirt lengan panjang adalah pililhan yang lebih baik untuk cuaca sejuk atau gaya kasual yan lebih berlapis. Ia juga lebih fleksibel dan sesuai dipakai dalam pelbagai keadaan. 

Ciri-ciri Jersi Custom

  • Rekaan Mengikut Pilihan: Jersi custom membolehkan anda mereka rekaan mengikut citarasa peribadi, termasuk warna, corak, logo, teks, dan elemen lain.
  • Bahan Selesa: Jersi custom biasanya diperbuat daripada bahan seperti polyester atau cotton blend, yang ringan, bernafas, dan sesuai untuk aktiviti sukan atau kegunaan harian.
  • Pelbagai Saiz: Tersedia dalam pelbagai saiz, dari S hingga XXL, yang membolehkan pemilihan saiz yang tepat untuk setiap individu.
  • Cetakan Tahan Lama: Teknik cetakan yang digunakan seperti sublimasi, sablon, atau jahitan menjadikan cetakan pada jersi tahan lama dan tidak mudah pudar walaupun selepas dicuci berkali-kali.
  • Sesuai untuk Pelbagai Aktiviti: Jersi custom sesuai untuk pelbagai acara seperti sukan, acara korporat, atau aktiviti sosial.

Baju Jersi Muslimah Custom

Jenis Baju Custom Jersi Muslimah Custom- Sopan dan Selesa

Jersi Muslimah Custom - Sopan dan Selesa

T-Shirt Muslimah custom direka khusus untuk memenuhi keperluan gaya hidup moden wanita Muslimah. T-Shirt ini mempunyai pelbagai pilihan reka bentuk yang bersesuaian dengan cita rasa individu. Ia biasanya dipotong dengan rekaan yang lebih longgar dan panjang untuk memastikan kesopanan serta sesuai dengan prinsip berpakaian dalam Islam. 

Pakaian ini memudahkan pergerakan seseorang dan boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti. T-Shirt Muslimah ini mempunyai saiz kanak-kanak dan dewasa.

Ciri-ciri Jersi Muslimah Custom

  • Rekaan Menutup Aurat: Jersi muslimah custom direka untuk menutup aurat dengan lebih sopan, dengan lengan panjang dan potongan longgar yang sesuai dengan garis tubuh.
  • Bahan Selesa dan Tidak Nipis: Jersi ini diperbuat daripada bahan yang tidak terlalu nipis, seperti cotton atau polyester blend, yang tidak menampakkan bentuk tubuh dan selesa untuk dipakai.
  • Rekaan Moden dan Bergaya: Walaupun fokus pada kesopanan, jersi muslimah custom tetap moden dan bergaya dengan pilihan warna serta corak yang menarik.
  • Pengudaraan yang Baik: Jersi muslimah custom menggunakan bahan yang bernafas dan menyerap peluh, memastikan pemakai kekal selesa semasa melakukan aktiviti fizikal.
  • Padanan dengan Tudung: Rekaan jersi ini sesuai dipadankan dengan tudung atau hijab, memberikan penampilan yang sopan dan bergaya.

Baju Korporat Custom

Previous slide
Next slide

Korporat Custom - Segak dan Bergaya

Korporat custom merupakan pakaian yang direka khas untuk memenuhi keperluan imej profesional sesebuah syarikat atau penjawat awam. Ia dapat menonjolkan identiti mereka serta menyediakan pakaian yang selesa dan seragam untuk pekerja.

Korporat ini juga terdiri daripada lengan pendek dan lengan panjang. Syarikat kilangpakaian.com menawarkan korporat custom sublimation yang menggunakan material kain high soft. Dengan adanya baju korporat custom ini, masyarakat akan sentiasa kelihatan segak, bergaya dan kemas terutamanya golongan penjawat awam.

Ciri-ciri Korporat Custom

  • Rekaan Profesional dan Kemas: Korporat custom direka dengan imej profesional, memaparkan logo syarikat, nama pasukan, atau slogan syarikat dengan cara yang kemas dan berkelas.
  • Bahan Berkualiti Tinggi: Jersi ini diperbuat daripada polyester berkualiti tinggi atau cotton blend, yang tahan lama dan selesa untuk dipakai sepanjang hari.
  • Fleksibiliti untuk Pelbagai Acara: Sesuai untuk digunakan dalam pelbagai acara syarikat seperti seminar, mesyuarat, atau aktiviti rekreasi korporat.
  • Pilihan Rekaan Tersuai: Jersi ini membolehkan pemilihan warna korporat, logo, dan teks yang relevan dengan imej syarikat, memberikan identiti yang kuat kepada setiap anggota pasukan atau pekerja.
  • Kemudahan Penjagaan: Jersi korporat custom biasanya mudah dijaga dan tidak mudah kusut atau pudar.

Baju Sekolah atau Kelas Custom

Previous slide
Next slide

Baju Sekolah atau Kelas Custom - Kemas dan Berkualiti

Baju sekolah atau kelas custom ini merujuk kepada baju yang direka mengikut kehendak pelanggan terutamanya pelajar dan pihak sekolah. Mereka boleh membuat permintaan dari aspek logo, jenis kolar, letak poket, warna baju dan rekaan yang diinginkan. 

Baju custom ini terdiri daripada T-shirt, jersi muslimah, baju rumah sukan, baju uniform sekolah dan sebagainya. Selain daripada rekaan yang diinginkan oleh pelanggan, syarikat kilangpakaian.com juga menawarkan 1001 design khas untuk mereka. Ini menunjukkan bahawa pelanggan boleh membuat baju berdasarkan rekaan yang sedia ada ataupun rekaan yang mereka telah hasilkan.

Baju custom adalah cara terbaik untuk mengekspresikan kreativiti, identiti peribadi, atau meningkatkan pengiktirafan jenama. Dengan pelbagai pilihan jenis baju yang boleh disesuaikan, anda pasti dapat memilih baju yang tepat untuk setiap keperluan. Baju custom ini juga boleh buat secara full sublimation atau one sided sublimtion. 

Apa tunggu lagi, tempah baju custom anda hari ini untuk menonjolkan gaya unik anda.

Baca Juga: Jenis Kolar

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top