3 Jenis Percetakan Paling Popular Selain Sublimasi

3 Jenis Percetakan Paling Popular Selain Sublimasi

Terdapat 3 jenis percetakan paling popular selain Sublimasi iaitu Silk Screen, DTF dan Sulam. Dalam artikel ini, kami akan membincangkan dengan lebih terperinci mengenai percetakan Silk Screen, DTF dan Sulam.

3 Jenis Percetakan Paling Popular Selain Sublimasi

Setiap jenis percetakan mempunyai kelebihan tersendiri dan sesuai untuk kegunaan yang berbeza, bergantung kepada keperluan projek dan jenis bahan yang ingin dicetak. Hasil daripada jenis percetakan ini, pelanggan boleh membuat permintaan untuk menghasilkan pakaian yang diinginkan. 

Hal ini kerana, syarikat kilangpakaian.com menawarkan percetakan custom untuk pakaian seperti logo, teks, reka bentuk atau grafik yang unik serta jenis kolar yang diinginkan. Jenis-jenis percetakan ini sangat 

Jenis 1: Percetakan Silk Screen

Previous slide
Next slide

Silk Screen merupakan teknik percetakan yang menggunakan skrin kain dengan benang halus untuk menapis dakwat pada bahan. Teknik ini sangat popular untuk mencetak pada pakaian dan produk promosi. Silk Screen sesuai untuk mencetak reka bentuk yang lebih ringkas dan sering digunakan dalam pengeluaran besar-besaran. 

Seperti dalam gambar slied tersebut, silk screen akan digunakan pada bahagian depan atau belakang baju dalam bentuk tulisan. Jenis Percetakan Silk Screet sangat popular untuk T-shirt, Pakaian Sukan dan Poster.

Ciri-ciri Percetakan Silk Screen

  • Sesuai untuk reka bentuk satu warna atau lebih.
  • Mesin yang digunakan untuk Silk Screen adalah meanual atau automatik, bergantung kepada skala pengeluaran.
  • Kualiti tahan lama dan tahan terhadap pencucian yang berulang.

Kelebihan Percetakan Silk Screen

  • Sesuai untuk pengeluaran dalam kuantiti besar, terutamanya pada rekaan yang menggunakan sedikit warna.
  • Boleh digunakan pada pelbagai jenis bahan.
  • Warna yang dihasilkan lebih tahan lama dan cerah.

Kelemahan Percetakan Silk Screen

  • Proses persediaan yang memakan masa dan agak mahal.
  • Kurang berkesan untuk rekaan yang sangat kompleks atau mempunyai banyak peralihan warna.

Jenis 2: Percetakan Direct To Film (DTF)

Previous slide
Next slide

DTF adalah teknik percetakan yang melibatkan reka bentuk pada filem khas menggunakan printer DTF. Kemudian dipindahkan ke bahan melalui proses pemanasan dan tekanan. DTF boleh digunakan pada pelbagai jenis bahan gelap dan bahan bukan sintetik seperti kapas berbanding Sublimation. Jenis percetakan ini semakin popular untuk pakaian custom dan produk promosi.

Ciri-ciri Percetakan Direct To Film

  • Boleh mencetak pada pelbagai bahan termasuk bahan gelap dan kapas.
  • Hasil cetakan lebih bertekstur dan lebih tebal berbanding teknik Sublimation.
  • Proses pemindahan menggunakan haba pada filem untuk memastikan reka bentuk melekat pada bahan.
  • Sesuai untuk reka bentuk warna penuh dan gambar kompleks.

Kelebihan Percetakan Direct To Film

  • Dapat mencetak rekaan yang sangat kompleks dan penuh warna.
  • Lebih fleksibel untuk pelbagai jenis bahan (kain, seramik, plastik, dll).
  • Proses lebih pantas berbanding sablon tradisional.
  • Tidak memerlukan persediaan yang rumit, sesuai untuk pengeluaran pesanan kecil.

Jenis 3: Percetakan Sulam

3 Jenis Percetakan Paling Popular Selain Sublimasi Percetakan Sulam

Sulam adalah teknik jahitan yang melibatkan penggunaan benang untuk mencipta corak tiga dimensi pada permukaan bahan. Teknik ini menggunakan benang atau serat untuk mencipta reka bentuk yang kekal pada pakaian atau produk. Jenis Percetakan ini sering digunakan pada produk seperti topi, jaket, baju, dan pakaian rasmi.

Ciri-ciri Percetakan Sulam

  • Ideal untuk logo atau teks kecil yang memerlukan ketahanan tinggi dan kesan tiga dimensi.
  • Memberikan kesan premium pada pakaian atau produk.
  • Tahan lama dan tidak mudah pudar.
  • Sesuai untuk produk seperti topi, jaket, atau uniform korporat.

Kelebihan Percetakan Sulam

  • Hasil sulaman cenderung lebih tahan lama dan berkualiti tinggi.
  • Memberikan tekstur dan dimensi pada rekaan.
  • Sesuai untuk rekaan yang memerlukan perincian halus, seperti logo syarikat atau rekaan mewah.

Kelemahan Percetakan Sulam

  • Proses lebih perlahan, terutamanya jika dilakukan secara manual.
  • Kos boleh menjadi lebih mahal kerana kemahiran atau mesin yang diperlukan.
  • Kurang berkesan untuk rekaan yang mempunyai banyak warna atau peralihan warna yang halus.

Tips Umum untuk 3 Jenis Percetakan Paling Popular

  • Simpan Produk dengan Betul: Simpan pakaian yang dicetak atau disulam di tempat yang kering dan sejuk. Elakkan menyimpan dalam tempat yang lembap kerana kelembapan boleh menyebabkan kerosakan pada cetakan atau benang sulam.
  • Hindari Pendedahan Langsung kepada Cahaya Matahari: Jangan biarkan produk yang dicetak atau disulam terdedah kepada cahaya matahari secara berpanjangan kerana ia boleh menyebabkan pudar atau rosak.
  • Gunakan Produk dengan Berhati-hati: Elakkan menarik, menggosok, atau menggerakkan produk yang dicetak atau disulam dengan kasar, kerana ia boleh merosakkan reka bentuk dan jahitan.
  • Bersihkan dengan Kaedah yang Betul: Sentiasa ikut arahan penjagaan yang disediakan oleh pengeluar, terutamanya jika ada arahan khas untuk jenis percetakan atau sulaman tertentu.

Setiap 3 jenis percetakan paling popular ini – Silk Screen, DTF, dan Sulam – mempunyai kelebihan dan kekurangannya sendiri. Pilihan yang terbaik bergantung pada jenis produk, keperluan reka bentuk, dan bajet yang ada. Untuk pengeluaran dalam kuantiti besar dan warna cerah, Silk Screen adalah pilihan terbaik. 

Jika anda memerlukan rekaan yang lebih kompleks, DTF adalah pilihan yang lebih baik, manakala Sulam menawarkan sentuhan mewah dan perincian halus untuk produk premium.

2 Jenis Percetakan Sublimasi Paling Popular

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top