2 Jenis Percetakan Sublimasi Paling Popular untuk Hasil Cetakan Berkualiti Tinggi
Percetakan sublimasi merupakan satu teknik percetakan moden yang sangat popular untuk mencipta pakaian custom. Berbeza dengan percetakan biasa, sublimasi menghasilkan cetakan yang lebih tahan lama, jelas, dan tidak mudah pudar. Dalam artikel ini, kami akan menerangkan dengan lebih mendalam tentang 2 jenis percetakan sublimasi paling popular untuk hasil cetakan berkualiti tinggi.
Apa Itu Percetakan Sublimasi?
Percetakan sublimasi adalah proses pemindahan tinta khusus ke dalam serat kain menggunakan haba. Berbeza dengan teknik percetakan lain, sublimasi membolehkan tinta berubah menjadi gas yang meresap ke dalam bahan seperti poliester, menghasilkan cetakan yang tahan lama dan berkualiti tinggi. Inilah sebabnya mengapa sublimasi adalah pilihan utama untuk pakaian custom. Bukan itu sahaja, terdapat 2 jenis percetakan sublimasi paling popular untuk hasil cetakan berkualiti tinggi iaitu Full Sublimation dan One Sided Sublimation.
Teknik Percetakan Sublimasi Paling Popular
- Reka bentuk atau gambar dicetak menggunakan dakwat sublimasi pada kertas pemindahan.
- Kerta pemindahan yang mengandungi reka bentuk diletakkan di atas bahan (pakaian atau produk lain) yang hendak dicetak.
- Mesin heat press digunakan untuk memanaskan kertas dan bahan.
- Dakwat gas menyerap ke dalam gentian atau serat bahan. Selepas proses penyejukan, reka bentuk akan kekal pada fabrik tanpa menambah lapisan percetakan pada permukaan bahan.
2 Jenis Percetakan Sublimasi Paling Popular untuk Hasil Cetakan Berkualiti Tinggi
Percetakan Sublimasi Penuh (Full Sublimation)
Sublimasi Penuh merujuk kepada proses percetakan secara menyeluruh pada permukaan bahan bercetak dengan reka bentuk atau corak. Ini menunjukkan bahawa seluruh pakaian atau produk dicetak dengan warna atau corak termasuk kawasan yang lebih kecil seperti sisi atau lengan pakaian.
Dalam proses ini, pewarna sublimasi dipanaskan sehingga ia menjadi gas dan meresap masuk ke dalam serat bahan, menghasilkan warna yang cerah dan tahan lama.
Percetakan Sublimasi Satu Sisi (One Sided Sublimation)
Sublimasi Satu Sisi ialah teknik percetakan pada satu sisi bahan yang dicetak. Kebiasaannya hanya pada bahagian depan atau belakang pakaian. Ia juga menggunakan warna kain pada bahagian lengan, depan atau belakang. Teknik ini merupakan pendekatan yang lebih mudah dan cepat berbanding Sublimasi Penuh.
Kelebihan Percetakan Sublimasi Paling Popular
- Warna yang cerah dan tahan lama. Warna yang paling sesuai ialah warna putih plain
- Hasil yang halus dan lembut
- Penghasilan reka bentuk yang penuh dengan warna tanpa batasan
- Mudah dijaga kerana tidak akan luntur dan kualiti yang baik
Kelemahan Percetakan Sublimasi Paling Popular
- Terhad kepada bahan sintetik. Ia tidak sesuai untuk bahan seperti kapas atau sutera
- Tidak sesuai untuk bahan gelap
- Kos peralatan yang tinggi seperti mesin heat press dan printer sublimation memerlukan kos yang agak tinggi
Penggunaan Percetakan Sublimasi Paling Popular di Malaysia
- Pakaian Sukan: Teknik ini banyak digunakan untuk mencetak pakaian sukan seperti jersi, pakaian aktiviti luar, dan baju pasukan.
- Hadiah Korporat: Sublimasi digunakan untuk mencetak barangan promosi seperti cawan, keychain, dan produk lain untuk tujuan pemasaran.
- Fesyen dan Pakaian Kustom: Banyak perniagaan menawarkan pakaian custom menggunakan teknik sublimasi, termasuk T-shirt, baju sejuk, dan lain-lain.
- Hiasan Rumah: Sublimasi juga digunakan untuk mencetak pada produk hiasan rumah seperti sarung bantal, langsir, dan karya seni dinding.
Baca Juga: 3 Jenis Percetakan Popular: Silk Screen, DTF dan Sulam
Percetakan Sublimasi adalah teknik percetakan yang sangat sesuai untuk produk yang memerlukan reka bentuk penuh warna yang cerah dan tahan lama, terutamanya pada bahan poliester. Jika anda mencari percetakan berkualiti tinggi untuk pakaian sukan, pakaian custom, atau produk promosi, sublimasi adalah pilihan yang sangat baik. Anda boleh pilih antara 2 jenis percetakan sublimasi paling popular ini untuk menghasilkan baju yang berkualiti tinggi.
Dengan panduan ini, anda kini dapat memahami lebih lanjut tentang teknik sublimasi, kelebihan dan kekurangannya.
Jika anda berminat untuk menggunakan teknik ini dalam perniagaan anda, pastikan anda mempertimbangkan bahan yang sesuai dan peralatan yang diperlukan untuk mencapai hasil yang terbaik.
- Apakah bahan terbaik untuk percetakan sublimasi?
Bahan yang paling sesuai untuk percetakan sublimasi ialah poliester kerana seratnya membolehkan tinta diserap dengan lebih baik, menghasilkan cetakan yang lebih terang dan tahan lama. -
Bolehkah percetakan sublimasi digunakan pada pakaian kapas?
Percetakan sublimasi lebih sesuai untuk bahan sintetik seperti poliester. Untuk bahan seperti kapas, teknik percetakan lain seperti silkscreen atau vinil lebih sesuai.