
Kain Eyelet
Apakah Perbezaan antara Kain Mikrofiber Eyelet dengan Dotmesh?
Ramai yang masih ada masalah memilih jenis kain untuk menempah baju terutamanya jersi. Kemudian, penjual pula menawarkan banyak jenis kain yang membuatkan pembeli tidak tahu bagaimana cara memilih kain. Dalam artikel ini, terdapat penerangan tentang perbezaan antara kain Mikrofiber Eyelet dengan Dotmesh supaya kalian lebih mudah memilih pada masa akan datang.
Kain Mikrofiber Eyelet
Kain Mikrofiber Eyelet adalah sejenis kain yang diperbuat daripada bahan mikrofiber dengan rekaan corak eyelet. Corak lubang-lubang kecil dihasilkan daripada teknik sulaman atau tebukan yang berfungsi sebagai ruang pengudaraan. Contoh tekstur adalah seperti gambar di atas.
Ciri-ciri Kain Eyelet
1. Berlubang-berlubang
- Kain eyelet mempunyai lubang-lubang kecil yang disusun dalam corak tertentu. Lubang ini dibuat secara hiasan, sama ada melalui tebukan atau sulaman.
2. Pengudaraan yang baik
- Disebabkan reka bentuk berlubang ini, kain eyelet sangat sesuai dipakai dalam cuaca panas kerana ia membolehkan udara mengalir dengan baik yang memberi keselesaan kepada pemakai baju tersebut.
3. Kelembutan dan Keringanan
- Kain eyelet biasanya dihasilkan daripada fabrik ringan seperti kapas, linen, atau campuran poliester yang memberi keselesaan apabila dipakai dan tidak terlalu berat.
4. Tidak Mudah Berpeluh
- Dengan aliran udara yang baik dan struktur kain yang berangin, kain eyelet mengurangkan kelembapan berlebihan pada badan yang menyebabkan kain tidak mudah berpeluh.

Kain Dotmesh
Kain Mikrofiber Dotmesh
Kain Mikrofiber Dotmesh adalah sejenis kain jaring (mesh) yang mempunyai corak titik-titik pada seluruh permukaan kain. Corak lubang ini juga berfungsi sebagai ruang pengudaraan.
Ciri-ciri Kain Dotmesh
1. Rekaan Berlubang dengan Corak Titik-titik
- Rekaan jaring atau berlubang yang ringan, dengan titik-titik kecil yang teratur atau berselerak.
2. Ringan dan Mudah Bernafas
- Sangat ringan dan mempunyai aliran udara yang baik. Kain ini memberi keselesaan apabila dipakai, terutamanya untuk aktiviti bersukan dan cuaca yang panas.
3. Fleksibel dan Lembut
- Dibuat daripada bahan yang fleksibel seperti poliester atau nilon, menjadikannya mudah lentur dan lembut apabila disentuh.
4. Tahan lasak
- Kebanyakan dotmesh diperbuat daripada poliester atau nilon, yang menjadikannya tahan lasak dan mudah dijaga. Kain ini tahan kedut, cepat kering, dan tidak mudah koyak.
Perbezaan antara kain eyelet dengan kain dotmesh ini memudahkan anda untuk membuat pemilihan kain dengan bijak pada masa akan datang. Kedua-dua jenis kain ini tetap mempunyai keselesaan yang berbeza apabila digunakan. Nak tempah baju custom? Klik sini.