8 Langkah Buat Baju Jenama Sendiri
Jom, saya akan kongsikan 8 langkah buat baju jenama sendiri yang perlu kalian jadikan panduan untuk merealisasikan impian tersebut.
Anda sudah bersedia untuk memulakan perjalanan membina perniagaan baju jenama sendiri? Membina jenama sendiri tidaklah sesukar yang disangka jika anda tahu caranya namun tidak juga mudah. Di sini, terdapat 8 langkah utama yang boleh kalian jadikan panduan untuk menghasilkan baju dengan jenama sendiri.
Jangan khuatir, kami akan membantu anda di sepanjang perjalanan ini, dan pastinya ini bukan satu penipuan atau scam. Kami komited untuk memberikan panduan yang jujur dan bermanfaat. Jadi, teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut dan bersiap sedia untuk memulakan sesuatu yang luar biasa!

1. Tentukan Konsep & Sasaran Pelanggan
Sebelum memilih warna, material atau logo, anda perlu tentukan siapa pelanggan anda.
Adakah jenama anda mensasarkan remaja, working adults, sportwear, atau muslimah fashion?
Semua keputusan design akan lebih mudah selepas anda jelas dengan konsep dan target audience.
2. Pilih Material Yang Sesuai
Kain akan menentukan tahap keselesaan, ketahanan, dan harga jualan.
Antara material popular ialah:
Cotton (sejuk & selesa)
Microfiber (ringan & cepat kering)
Polycotton (lebih tahan & mudah jaga)
3. Sediakan Design Yang Profesional
Jika anda belum mahir design, anda boleh gunakan:
Canva / Figma
Designer profesional
Template mockup
Pastikan design anda ada identiti jenama, warna konsisten, dan ruang logo yang jelas.
4. Tentukan Kaedah Cetakan / Finishing
Kaedah finishing bergantung kepada hasil yang anda inginkan:
Sublimation – warna terang & bebas design
DTF / Heat Press – fleksibel, boleh print logo kecil
Embroidery – nampak premium & tahan lama
Silkscreen – sesuai bulk order
5. Cari Kilang Yang Berkualiti & Berpengalaman
Kilang memainkan peranan penting dalam ketepatan cutting, quality check, dan ketepatan warna.
Pastikan anda pilih kilang yang:
Ada pengalaman bertahun
Boleh buat custom-made
Ada minimum order yang rendah
Hasil kerja konsisten
6. Buat Sample Shirt (Prototype)
Sebelum buat produksi, wajib buat sample.
Ini membantu anda periksa:
Warna design
Saiz & cutting
Kualiti jahitan
Keselesaan kain
Jika sample sudah lulus, barulah proceed ke production.
7. Mulakan Mass Production
Setelah sample disahkan, proses pengeluaran bermula di bahagian:
Cutting
Printing / Sublimation
Sewing
QC (Quality Check)
Pastikan anda sentiasa follow-up supaya production berjalan lancar dan on-time.
8. Siapkan Packaging & Buat Launching Jenama
Akhir sekali, fikirkan cara anda mahu memperkenalkan jenama kepada orang ramai.
Anda boleh gunakan:
TikTok / Reels teaser
Influencer review
Website atau Shopee store
Soft-launch limited edition
Packaging yang kemas akan menaikkan nilai jenama anda.
BACA JUGA: Jenis-Jenis Kolar Yang Boleh Custom